Wednesday, March 19, 2014

#PRKKajang: Undi awal, 45 peratus sudah keluar mengundi

pilihanraya kini     1:34 PM    


Kira-kira 45 peratus atau 560 pemilih sudah keluar mengundi dalam pengundian awal di tiga kawasan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sehingga pukul 11 pagi ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, proses pengundian awal melibatkan anggota polis itu dijangka tamat pada pukul 4.30 petang.

Menurut beliau, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, seramai 185 anggota telah keluar mwngundi dan di Dewan Anjung Forensik pula 55 anggota manakala 320 anggota telah mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

"Hasil lawatan mendapati perjalanan proses undi awal berjalan lancar dan teratur," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.