Wednesday, March 5, 2014

Selangor tiada rancangan tangani 'Kes Denggi'

pilihanraya kini     10:30 AM    


Kerajaan Selangor sehingga hari ini gagal menampilkan sebarang cadangan bagi menangani peningkatan kes denggi di negeri itu.

Ini membuktikan kerajaan negeri tidak serius walaupun denggi telah meragut 17 nyawa rakyat negeri itu seperti dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut penduduk di Shah Alam, Mohd Azri berkata, peningkatan hampir 400% pesakit denggi di Selangor berbanding tahun lepas adalah satu petunjuk kegagalan kerajaan Selangor menyelenggara dan mengurus sampah di negeri itu.

"Peningkatan 400% kes denggi di Selangor sangat membimbangkan kami. Saya yakin punca utama kes denggi disebabkan kegagalan pihak bertanggungjawab membersihkan kawasan sekitar.

"Anda boleh lihat sendiri timbunan sampah yang gagal dikutip mengikut jadual. Tempat itu kini menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes," katanya di sini.

Beliau juga kesal terhadap sikap kerajaan negeri yang dilihat tidak bersunguh-sungguh menjaga kebajikan penduduk di situ.

"Kami kesal kerajaan negeri tidak lagi mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan. Berbanding sebelum ini, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sentiasa menganjurkan aktiviti gotong-royong. Mereka juga turut menyediakan bekalan makanan dan peralatan membersih kawasan untuk aktiviti itu," jelasnya.

Menurut statistik terkini, sebanyak 311 lokaliti atau kawasan wabak denggi direkodkan masih aktif di negeri Selangor dan tertinggi di Malaysia. - Pilihanrayakini




0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.