Monday, March 10, 2014

TLDM hantar 'Submarine' cari MH370

pilihanraya kini     11:00 PM    


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar aset Submarine Escape & Rescue (SMER) MV Mega Bakti bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.

Menerusi akaun rasmi TLDM di twitter, kapal selam MV Mega Bakti itu akan melakukan operasi SAR bersama sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), MV Swift Rescue Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV).

Berita itu menutup spekulasi kononnya Malaysia tidak menggunakan aset kapal selam bagi membantu operasi mengesan pesawat MH370.

Sebelum ini, pihak tentera memberitahu bahawa kapal selam jenis Scorpene milik TLDM tidak sesuai bagi kegunaan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari pesawat malang itu melibatkan 8 buah negara termasuk Malaysia. 40 buah aset udara dan air digunakan dalam operasi tersebut. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.