Thursday, March 13, 2014

US kagum usaha Malaysia cari #MH370

pilihanraya kini     10:30 AM    


Dua kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat, Pinckney dan Kidd adalah antara berpuluh-puluh kapal laut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Kapal Pinckney telah terlibat dalam operasi itu sejak hari Ahad lalu manakala kapal Kidd menyertai kumpulan penyelamat pada hari Isnin.

Menurut jurucakap Armada Ketujuh, Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia adalah satu kerja yang luar biasa. Ini kerana kawasan pencarian umpama sebuah papan 'chess' yang sangat besar.

Beliau turut memuji usaha kerajaan yang dilihat begitu terancang dan tersusun. Malangnya pesawat itu masih belum ditemui.

William juga menyatakan hasrat untuk memberi segala bantuan kepada Malaysia selagi pesawat malang itu belum ditemui.

Sehingga semalam, pihak kerajaan Malaysia telah melipat-gandakan usaha dan memperluaskan kawasan pencarian. Kerajaan juga memberitahu mereka sedang menunggu keputusan dari pakar tentang penemuan satu plot melalui rakaman radar di kawasan Teluk Andaman.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.