Tuesday, April 1, 2014

Ahli bina badan sanggup berdepan risiko mati

SHAH ALAM REBELS     2:54 PM    


SEORANG ahli bina badan dari Olinda, Brazil sanggup mengambil risiko menyuntik dirinya dengan koktel dan alkohol yang boleh membawa maut semata-mata untuk membesarkan otot lengannya.

Walaupun mengakui ia boleh menyebabkan jangkitan berbahaya, namun Arlindo de Souza masih tetap dengan minatnya dan kini berbangga memiliki bisep sebesar 74 sentimeter yang merupakan terbesar di negara berkenaan.

Menurutnya, ototnya mula membesar menyerupai watak kartun Popeye setelah dia mengambil suntikan cecair diberi seorang rakan gimnasium kepadanya.

"Dia memberitahu otot saya akan membesar dalam masa hanya beberapa hari. Disebabkan perasaan ingin mencuba, saya menyuntik lengan dan meneruskan pengambilannya sehingga mendapat saiz otot yang diidamkan,"katanya dipetik Mail Online.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.