Thursday, April 3, 2014

Ahli politik Taiwan dedah Anwar dalang kehilangan #MH370

pilihanraya kini     3:30 PM    

Seorang ahli politik Taiwan yang telah berpencen mendakwa pesawat MH370 telah dirampas oleh kru pesawat dalam usaha menekan kerajaan untuk membebaskan hukuman penjara ke atas pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim.

Chiu Yi, bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan, Kuomintang. Menerusi blognya di Sina Weibo mikroblog Selasa lalu membuat dakwaan terbabit sebaik Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengesahkan satelit mengesan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Mendakwa mempunyai rakan dalaman di dalam pentadbiran kerajaan U.S., Chiu menghuraikan kandungan mikroblognya kepada wartawan dengan mendakwa pesawat tersebut telah dirampas anak kapal dan kru penerbangan dan menuntut pihak berkuasa membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat dengan denda lima tahun penjara.

Berbeza dengan versi rasmi yang menyatakan hubungan dengan pesawat terputus sekitar jam 1.20am. Chiu meneruskan dakwaan beliau dengan menyatakan kru pesawat telah pun dalam rundingan dengan kerajaan Malaysia dari jam 1.30am. Kerajaan Malaysia menolak tawaran tersebut dan kemudiannya pesawat tersebut kehabisan minyak sebelum hilang di Lautan Hindi, dakwa beliau lagi.

Chiu berkata kepada wartawan bahawa pesawat berkenaan tidak mendarat di mana-mana lapangan kerana juruterbang bukanlah seorng pengganas yang terlatih. Lebih-lebih lagi pendaratan memerlukan landasan dan panduan dari tanah atau pusat kawalan. Tambah beliau, kru penerbangan tidak menyangka tuntutan mereka akan ditolak.

Menurut Chiu, berdasarkan pendedahan sumbernya, juruterbang mempunyai kaitan dengan Anwar walaupun ianya telah didedahkan kepada umum seminggu sebelum ini.

Chiu bukanlah yang pertama mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan politik. Lebih-lebih lagi, teori beliau telah disangkal oleh kenalan-kenalan juruterbang dengan menggambarkan kapten Zaharie sebagai seorang yang baik hati. Anwar Ibrahim juga menggambarkan penyokongnya itu merupakan seorang lelaki yang baik dan dia merasa jijik apabila musibah ini dikaitkan dengan politik.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.