Friday, April 25, 2014

Anak Karpal Hempas Pulas Selamatkan Anwar

SHAH ALAM REBELS     8:59 AM    


Walau baru kehilangan bapanya seminggu lalu, Rampkarpal Singh terpaksa bersengkang mata dengan seorang peguam di firmanya untuk merangka petisyen rayuan bagi mengenepikan sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Zaleha Al Hayat, dari firma mendiang Karpal Singh, memfailkan rayuan tersebut pada jam 1.40 petang semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Kami (Ramkarpal dan Zaleha) bersengkang mata sejak jam 6 petang semalam untuk menulis asas rayuan ini.

"Jika ia tidak difailkan sebelum jam 3 petang ini, mungkin Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara,” kata Zaleha.

Ramkarpal yang turut terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan bapanya serta seorang pembantu terbunuh itu kemudiannya bergegas ke Pulau Pinang untuk satu upacara keagamaan untuk mendiang Karpal.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.