Friday, April 25, 2014

Anwar Gelisah Menuju Ke Tirai Besi

SHAH ALAM REBELS     10:00 AM    


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin kini hampir tiada jalan lain dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Liwat II.

Dalam satu wawancara dengan majalah antarabangsa The Diplomat, ketua pembangkang itu berkata beliau yakin akan kembali ke penjara kononnya tidak mendapat pendengaran yang adil di mahkamah.

"Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Rayuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan.

“Saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti.

“Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan peguam terbaik untuk mendedahkan porak peranda ini di mahkamah.

“Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan,” katanya.

Selepas proses perbicaraan kes rayuan Saiful Bukhari tertangguh 30 kali, Mahkamah Rayuan akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar yang didapati bersalah meliwat Saiful.


3 comments :

Anonymous said...

Bila nak kena penjara;mula la pulak ada masalah kesihatan.walhal namoak sihat jer berkuntau di london us jepun dll memburukkan msia.Allah lanjutlan usia namun rukun islam ke 5 tak plak nak buat dgn wan azizah.saiful pun dah pegi haji dan umrah slps kes liwat dan alhamdulillah bakal jd bapa.life goes on for saiful.anwar masih memburu mimpi walaupun malaikat maut tak mungkin menangguhkannya.
nilaikan
siapa yg takut kerana
salah.semoga kita mendapat petunjuk.amin

aku said...

kalau hang tak pernak meliwat kan takde masalah...bongok..!!

Anonymous said...

Laaaa...apa ke benda mahkamah tidak adil??? Tangguh punya tangguh samapai karpal pun dah tiada lagi...apa punya x adil namanya?? Kasihanilah saiful tu...menanggung macam-maam kesakitan..kesian dia...hai..hai ..hai..cari la kau peguam yang lebih handal..berhujah lah di mahkamah ni pulak dok bagi hujah kat reporter jer..masa dalam kandang saksi tidak mahu beri peluang untuk membela diri pulak...kalau tak buat takut apa bendanya...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.