Wednesday, April 2, 2014

Bekas menteri tampil buktikan Musa Hitam penipu

SHAH ALAM REBELS     8:23 AM    


Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin menolak dakwaan Tun Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed berada di Malaysia untuk beberapa hari selepas peristiwa berdarah memali pada November 1985.

" Jika tidak salah ingatan saya, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir mendapat perkhabaran tentang peristiwa berdarah Memali pada November 1985 ketika beliau hendak berangkat untuk lawatan rasmi ke Republic Rakyat China.

" Ketika itu saya bersama pemberita akhbar lain serta anggota-anggota rombongan yang mengiringi beliau masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk menunggu masa berlepas," katanya dipetik dari blog peribadi  zamkata.blogpsot.com.

Tegasnya, tuduhan Musa itu tidak benar sama sekali dan ini membuktikan Dr Mahathir tidak berada di tanah air beberapa hari selepas berlakunya peristiwa berdarah itu kerana dia adalah saksi ketika itu.

Musa dalam satu program politik di Kelantan baru-baru ini menuduh Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, masih terus berada di tanah air untuk beberapa hari selepas kejadian.

Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak kerana menyangka Dr Mahathir berada di tanah air beberapa hari selepas kejadian itu.

Namun ramai saksi tampil menyanggah kenyataan Musa dan menyifatkan perbuatan itu sebagai 'dendam lama' dan berniat jahat. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.