Tuesday, April 1, 2014

Bekas MP Pasir Mas meninggal dunia

SHAH ALAM REBELS     9:30 AM    

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas dari Pas, Ismail Noh dikhabarkan meninggal dunia.

Berita sedih itu dikongsikan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di laman sosial Facebook miliknya kira-kira sejam yang lalu.

"Semoga roh pejuang Islam ini dihimpunkan di kalangan hambaNya yang soleh," tulis beliau.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan di laman sosial Facebook miliknya, Allahyarham menghembuska nafas terakhir pada jam 2 pagi semalam.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Nik Aziz menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa.

"Sesungguhnya Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat Kelantan khususnya di dalam bidang pendidikan sebelum beliau menceburi politik. Jasa dan pengorbanan beliau di dalam parti dan perjuangan Islam hanya ALLAH SWT yang berhak membalasnya. Semoga ALLAH merahmati roh beliau Insya- ALLAH," tulis Nik Aziz seperti dilaporkan Sinar Harian.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.