Monday, April 7, 2014

BN Selangor Kesal Speaker Tolak Usul

SHAH ALAM REBELS     4:33 PM    


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor kesal apabila tiga daripada empat usul yang dicadangkan untuk dibahas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) kali ini, ditolak oleh Speaker.

Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata antara usul yang ditolak adalah isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu kalimah Allah berhubung rampasan Bible berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara pada 2 Jan lepas.

Isu PKNS pula membabitkan penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarahnya dan penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

"Sepatutnya usul ini tidak tolak kerana kita melihat kepada kepentingan awam. Berlaku banyak polemik dan ini membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat sepanjang tempoh isu berkenaan berbangkit.

Dalam isu kalimah ALLAH misalnya, ia tanggungjawab Jais dalam memastikan supaya masalah ajaran sesat dan maksiat dapat dikawal. Ia untuk jadikan umat Islam lebih baik dan bukan membabitkan isu politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dun ke-13 oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Shamsudin yang juga Adun Sungai Burong berkata usul yang dibenarkan untuk dibahaskan dalam sidang Dun adalah mengenai tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ditanya alasan penolakan usul berkenaan, beliau berkata Speaker Hannah Yeoh memberi alasan isu PKNS telah didengar oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada 25 Mac lepas sementara isu kalimah Allah sedang dibicarakan di mahkamah. - Bernama

2 comments :

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN, Phone: 03-6274 5352
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.