Tuesday, April 8, 2014

Dap Tidak Akan Sokong Hudud Kelantan

SHAH ALAM REBELS     1:00 PM    


Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.

"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha Pas ini atas dasar kepentingan negara.

"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.

Beliau berkata, dalam isu ini Umno dan Pas seperti mahu mencari sokongan politik bagi merealisasikan hudud.

"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan Pas akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.

"Ia disokong oleh kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Ahli Parlimen Umno dari Kelantan menyokong usaha itu," katanya.

Katanya, walaupun Parlimen meluluskan hudud sebagai undang-undang jenayah yang terpakai bagi seluruh negara atau negeri yang seperti Kelantan, ia bermakna Parlimen telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan.

"Jika ini berlaku, bermakna undang-undang akan memusnahkan salah satu struktur asas perlembagaan," katanya.

1 comments :

Anonymous said...

Bai, lu pun ada ikut perlembagaan dap ke? Apu punya lawyer la bai ni......lu suka orang taroh belakang jadi lu punya boss ke? Lu harus bertaubat la bai........

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.