Thursday, April 3, 2014

GTK Imigresen ancaman baru kongsi gelap

pilihanraya kini     10:35 AM    

Mendepani tugas dalam menguatkuasakan undang-undang yang kian mencabar, kaedah konvensional kini dianggap kurang berkesan, menyebabkan penjenayah mudah meloloskan diri daripada dikenakan tindakan.

Menyedari hakikat perlunya transformasi dalam penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mengorak langkah mewujudkan pasukan elit dipanggil Grup Taktikal Khas (GTK).

Pasukan yang baru sahaja ditubuhkan ini dilancarkan bagi membolehkan mereka berhadapan operasi ekstrem di lokasi, dengan Negeri Sembilan terpilih sebagai perintisnya.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pasukan itu yang dilengkapi senjata elit ditugaskan menggempur operasi berbahaya dan berisiko terutama kawasan perjudian, kongsi gelap dan pusat pelacuran.

"Modus operandi penjenayah kini jauh berbeza berbanding dahulu. Mereka menggunakan pelbagai peralatan canggih dan tidak hairanlah jika mereka dapat membaca pergerakan penguat kuasa.

"Jadi penubuhan GTK dilihat tepat pada masanya untuk memperkasakan penguatkuasaan Jabatan Imigresen," katanya ketika ditemui baru-baru ini.




0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.