Thursday, April 17, 2014

Keluarga Karpal Sukar Terima Kenyataan

SHAH ALAM REBELS     9:30 AM    


Suasana pilu menyelubungi Hospital Kampar apabila ahli keluarga Pengerusi DAP, Karpal Singh, tiba sebaik mengetahui kematian mendiang dalam kemalangan maut awal pagi tadi. 

Kelihatan anak mendiang, Gobind Singh Deo, memeluk dan menenangkan ibunya, Gurmit Kaur, yang menangis tanpa henti. 

Kelihatan adiknya, Sangeet Kaur, yang turut kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan menangis teresak-esak. 

Kelihatan anak sulung mendiang, Jagdeep Singh, yang tiba kemudian dalam keadaan sugul. Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi. 

Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian. 

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik dan keadaan jalan raya gelap tanpa lampu jalan. 

Katanya, kenderaan Toyota Alphard dipandu seorang lelaki warga India itu dikesan mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas mengikut Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan 15 saman itu belum dijelaskan.

9 comments :

Ali said...

Apa lak tak boleh terima, bawa kereta naik bukit pun laju semacam jer...saman melambak tak mau lunas...hambik kau...mampoih mata tercegil!!

Betul tu..driver warga india entah ada lesen atau permit keje pun x tau..org gaji warga indon skrg tgh tenat kt spital..entah ada permit keje pun x tau..kita suruh imigresen wat siasatan lg bagus

Anonymous said...

Rest In Hell

Jebon Tua said...

Rest in Pain la singh murtad!

Buat liputan ttg kesalahan karpal singh..Ada saman JPJ 9..PDRM 35..check kt myeg 400628-07-5079..pemandu warga india..entah ada lesen memandu dan permit kerja atau tak?org gaji warga indon tengah tenat pun x pasti ada permit ker x?

Anonymous said...

DAP- Die At Perak

Anonymous said...

Adakah Karpal S lawyer yg baik? Baik kerana menentang rasuah, tapi menjadi loyar buruk kerana mempertahankan peliwat tegar yg hanya akan menjahanamkan negara kita! Siapa lagi nak tentang hudud? Silakan, tanggung sendirilah.

benciPKRDAPAS said...

Satu demi satu Dia ambil.. sebagai peringatan kpd yg belum insaf.. peliwat, penjual kalimah Allah, pemuja seks songsang, parti yg merosakkan Islam, penghuru-hara negara.. ingat-ingatlah..!

Anonymous said...

pr adalah pakatan ranap.dipimpin oleh peliwat tegar .nuar .

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.