Thursday, April 3, 2014

Kenapa kapal selam Malaysia tidak dihantar ke Lautan Hindi?

pilihanraya kini     1:30 PM    


Isnin lalu, kapal selam, United Kingdom, UK, British HMS Tireless, dipacu oleh tenaga dibekakan oleh reaktor nuklear, tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mencari pesawat MAS MH370 dilapor mengakhiri penerbangan di lokasi itu pada 8 Mac lalu.

Tugasan British HMS Tireless, dilaporkan bermula hari ini. 

Apapun, saya tertarik membaca entri blog dimuatkan di portal Free Malaysia Today, dinukilkan oleh Ahli Parlimen DAP, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Pengendali blog itu mencetuskan soalan sinis, 'di manakah kapal selam kita?'

Dia mendesak kerajaan Malaysia menggunakan kapal selam dimiliki.

Ariff, blogger dan juga AHLI POLITIK. Barangkali tulisannya tersirat kepentingan tersendiri. Manakala saya, blogger, bukan politikus.

Sejak operasi mencari MH370 bermula, sebilangan rakyat Malaysia lain juga menimbulkan persoalan sama. Mengapakah kapal selam milik negara, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak tidak digunakan tatkala usaha mencari MH370 dilaksanakan?

Kapal Selam Scorpene Tunku Abdul Rahman

Berikut antara kenyataan dicatatkan oleh Ariff.


Lalu saya melakukan sedikit penyelidikan berasaskan fakta untuk menghuraikan kenyataan itu. 

British HMS Tireless dan kapal selam Amerika Syarikat, AS, USS Seawolf, mampu menyelam di antara 60 dan 100 meter LEBIH dalam berbanding keupayaan kapal selam Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Kedua kapal milik negara juga tidak dilengkapi sistem sonar canggih untuk mendengar di bawah air, mengesan MH370 sekiranya tersadai di dasar lautan dalam.

Rujuk di sini untuk memperoleh maklumat berhubung kapal selam Tunku Abdul Rahman.

USS Seawolf
British HMS Tireless serta USS Seawolf menyelam menggunakan sumber tenaga dibekalkan oleh reaktor nuklear. Maksudnya, kapal selam itu tidak perlu ditimbulkan untuk mengisi minyak. 

Sila rujuk di sini dan di sini.

Tentunya, keupayaan itu LEBIH melicinkan lagi operasi mencari di lautan dalam. 

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar, Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Rizal Arshad, kedalaman lautan itu, di antara 4,000 dan 7,000 meter.

Manakala 2 kapal selam Scorpene, aset Malaysia harus mengisi minyak sekali, pada setiap jarak 140 batu selaman. 

Melalui pembacaan, saya mendapati, British HMS Tireless mula beroperasi sejak 30 tahun lalu, USS Seawolf, 19 tahun. Mereka mewarisi pelbagai jenis KEPAKARAN berlandaskan pengalaman di banyak lautan termasuk ditugaskan di kutub selatan.

Kapal selam Malaysia ditauliahkan hanya kira-kira 7 tahun lalu.

Tentunya pengalaman diraih oleh anak kapal selam AS dan UK itu tidak mampu disangkal mahupun ditandingi. Mereka telah menempuh pelbagai cabaran getir di sepanjang operasi kapal selam terbabit.


Usaha gigih kerajaan Malaysia mencari MH370 tanpa berputus asa, terbukti dan kini diperakui oleh dunia. Jika kapal selam Malaysia tidak mempunyai kekangan dan kru memiliki kepakaran mencari pesawat di laut dalam, sudah pasti kerajaan berlapang dada membenarkan penggunaan aset itu. 

Tambahan pula diketahui, 38 daripada 227 penumpang MH370, rakyat Malaysia. 

Rakyat negara KITA. 

Hemat saya, mengetahui fakta kekangan terbabit, Malaysia mendepani risiko jika 2 kapal selam milik negara dihantar menyertai operasi mencari di selatan Lautan Hindi. Adakah kita sanggup memperjudikan nyawa 64 anak kapal selam, hanya kerana desakan tidak berasas dicetuskan oleh sesetengah pihak?

Kelak, sudah jatuh ditimpa tangga. Cukuplah kita menangis sekali, sedangkan airmata ini masih belum kering lagi.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Pilihanrayakini.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.