Wednesday, April 9, 2014

Kerajaan Selangor Mahu Naik Tarif Air

SHAH ALAM REBELS     10:00 AM    


Kerajaan Selangor yang diterajui PKR, PAS dan DAP akan menaikkan kadar tarif air di negeri itu pada masa depan. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan jika kerajaan negeri gagal mengurangkan bayaran perkhidmatan pukal penukaran air mentah kepada air terawat. 

“Ada sesetengah syarikat konsesi dapat lebih 35 peratus (yuran perkhidmatan pukal). 

Kalau kita kurangkan daripada 35 peratus ke enam hingga tujuh peratus, harga (tarif air) adalah munasabah dan tidak perlu naik tarif air. 

“Bagaimanapun, jangkaan kita ada keperluan pada masa depan (naikkan tarif air) tetapi ia mesti mengambil kira kepentingan pengguna. 

“Kita kena tahu pengguna miskin, tidak guna banyak air, tidak (boleh) dikenakan tarif tinggi,” katanya menjawab soalan tambahan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)Selangor, semalam. 

Perlu dapat kelulusan SC Menjawab pertanyaan Weng San berkaitan janji kerajaan negeri untuk memberikan saham air kepada rakyat Selangor, Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang), berkata perkara itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC). 
“Saham itu sama ada akan diberi secara perkapita atau melalui akaun pengguna. Ada kira-kira dua juta akaun pengguna air di Selangor. 

“Bagaimanapun, perkara itu belum dimantapkan lagi dan perlu mendapat kelulusan SC,” katanya. - BH


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.