Saturday, April 12, 2014

Khalid Tegur Adun PR Suka Ponteng Sidang DUN

SHAH ALAM REBELS     1:30 PM    



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Adun PKR yang tidak menghadiri Sidang Dun hari ini agar peka akan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Namun menurut Khalid, ketidakhadiran Adun berkenaan dalam sidang Dun bagi tujuan berkempen sempena pemilihan parti itu bulan depan, adalah tidak dihalang.

"Tak ada apa-apa, tapi saya berharap mereka akan ingat tanggungjawab mereka kepada rakyat. Walau bagaimanapun saya tidak menghalang mereka membuat keutamaan dari segi usaha yang mereka lakukan,"katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di lobi Dun, hari ini.

Dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini, kelibat Adun Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Sri Muda, Suhaimi Shafie dan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, tidak kelihatan sepanjang sidang berlangsung.

Ketidakhadiran mereka dikatakan bagi menjelajah beberapa negeri di utara Semenanjung untuk berkempen sempena pemilihan PKR yang akan berlangsung Mei ini.

Azmin, akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden, manakala Xavier akan bertanding merebut salah satu kerusi jawatan Naib Presiden.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.