Tuesday, April 1, 2014

Lokasi rahsia waris penumpang dibawa akhirnya terjawab

SHAH ALAM REBELS     10:00 AM    


Tanda tanya ke mana waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 dibawa akhirnya terjawab.

Kesemua 29 anggota keluarga penumpang pesawat itu yang tiba semalam, dibawa menghadiri upacara sembahyang di sebuah tokong di Petaling Jaya pagi ini. 

Mereka dibawa dari Hotel Holiday Villa di sini ke rumah ibadat Fo Guang Shan, yang terletak di SS3 Petaling Jaya dengan menaiki dua buah bas, 10 pagi tadi dan kembali ke hotel tersebut kira-kira tiga jam kemudian. 

Turut kelihatan bersama-sama dengan ahli keluarga tersebut ialah pegawai dari Malaysia Airlines dan para sukarelawan dari MCA. 

Seramai lapan orang anggota keluarga penumpang rakyat China yang kini menetap di Hotel Bangi-Putrajaya di Bangi, turut sama menyertai upacara sembahyang tersebut.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.