Wednesday, April 2, 2014

Pak Samad kecewa ditipu exco kerajaan Selangor

SHAH ALAM REBELS     2:53 PM    


Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.

Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera, Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu.

Novel Sungai Mengalir Lesu yang diulang cetak kali keempat dilancarkan dengan rasminya, Selasa.

Selain Uthaya, Senator Dr Syed Husin Ali turut menjadi pengulas novel yang diterbitkan kembali oleh Wira Bukit Sdn Bhd dengan kerjasama Gabungan Bertindak Malaysia (GBM). - Astro Awani



1 comments :

Anonymous said...

Rakyat perlu tahu...berapa banyak belian barang barang seni yg dah dijual pada Selangor.Adakah nilai nya bertepatan dgn hasil seni itu...atau saja..saja..Pencil patah diframekan pon bolih caj ribuan.

DBP dah masak perangai dia ni...fulus ajer dan segalanya...

Setengaht Exco pun dah meluat dan tak telayan kemahak sidia ni..
Perjuangan total fulus..

Jaga jaga..pihak yg berlawanan..usah layan kaum ini...
Biarlah...sepanjang masa mengemis durjana...hingga ke akhir hayat.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.