Monday, April 21, 2014

Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Bersama 20 Wanita Warga Asing

SHAH ALAM REBELS     12:00 PM    


Seorang pelakon lelaki terkenal yang pernah berlakon dalam beberapa filem 'pecah panggung' ditahan dalam Ops Cantas Khas bersama 41 individu lain di dua premis hiburan berasingan di Jalan P. Ramlee, awal pagi kelmarin.

Turut ditahan bersama pelakon berusia 35 tahun itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya turut memriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan berkenaan bagi mengesan sebarang pelakuan jenayah.

"Semua yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan daripada jumlah itu, 41 diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.