Thursday, April 3, 2014

Pelancong diculik di Sabah

pilihanraya kini     12:30 PM    

Seorang warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik dari sebuah resort dekat Semporna.

Wanita dari Shanghai yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun dan pekerja resort warga Filipina berusia 40 tahun itu telah diculik oleh seramai enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali kira-kira pukul 10.30 malam Rabu dari resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pasukan keselamatan Malaysia telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut, selatan Filipina.

Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Walaubagaimanapun, pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek telah mengesahkan penculikan itu.

Maklumat kejadian masih tidak lengkap.

Difahamkan pelancong berkenaan sedang mandi di dalam biliknya apabila kumpulan lelaki bersenjata memaksanya keluar dan menaiki bot mereka.

Masih tidak dapat dipastikan di mana perkerja resort itu berada ketika dia diculik.

Terdapat kira-kira 61 pelancong dari China di resort itu pada masa kejadian.

Salah satu pelancong di resort itu yang merupakan seorang wartawan akhbar dari China melaporkan bahawa ramai pelancong di resort itu berada di bilik mereka ketika kejadian.

Pelancong-pelancong hanya mengetahui perkara itu apabila pihak pengurusan mengarahkan semua tetamu keluar dari bilik mereka selepas polis tiba minit beberapa minit selepas lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka, dipetik dari Mstar.


1 comments :

Anonymous said...

Semalam, keluarga seorg. mangsa MAS disasarkan; hari ni pelancong Cina pula!

Saya syaki mungkin ini agenda jahat si MUSUH ISLAM/MELAYU nak memburukkan lagi UMNO/K'jaan dan Malaysia, yg. berlansungan dr. insiden MAS ini!

Dan kononnya penjenayah mungkin org. Sulu atau dr.Pulau Gaya - ini disyaki utk. menimbulkan kebencian pada saudara se Islam Sulu, yg. ramai juga Bumiputera Sabah. Juga kebencian ke atas kebanyakan pelarian Islam dr. Mindanao, di Pulau Gaya yg. amat dibenci si KAPIRDAJAL, yg. mahu menghalau mereka dari Pulau Gaya yg. indah itu serta menghalang mereka mendpt. kerakyatan, demi mengurangkan umat Islam di Sabah (ini jugalah disyaki sebab kenapa perkampungan air umat Islam di Sabah asyik dibakar) !
Sebenaqnya penjenayah kalau dr. Filipina atau Indonesia pun, kebanyakan adalah si KAPIRDAJAL (termasuk MENYAMAQ sbg. org. Islam) Ejen Mossad-CIA-MI6-NATO, serta ejen tempatan mereka dari DAPBANGKAI/PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap, utk. menghuru-harakan negara. Sebab itu kebanyakan mangsa mereka adalah umat Islam/Melayu.

MO mereka adalah melalui jenayah termasuk dlm. kemalangan jalanraya melalui pemandu BUAS lori-bas-4WD/Pick-up, yg.disyaki dimiliki Geng Kongsi Gelap, yg mensasarkan umat Islam/Melayu (senang dikenali dr. ayat Al-Quran atau Tasbih serta dr. pakaian Islam - iaitu tudung, songkok dan kopiah)!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.