Wednesday, April 2, 2014

Perangsang Selangor mahu pecat 105 kakitangan

SHAH ALAM REBELS     10:30 AM    


Selepas kemelut 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings diberhentikan kerja Februari lalu, kali ini 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam, di bawah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang juga anak syarikat kerajaan negeri bakal menerima nasib sama.

Nasib 105 kakitangan berjawatan tetap itu kini dalam keadaan terumbang-ambing selepas dimaklumkan terpaksa diberhentikan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Difahamkan pekerja hotel tersebut terkejut selepas dimaklumkan berita berkenaan dalam sesi taklimat kelmarin.

Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat KPS, Amin Lin Abdullah berkata, keputusan untuk menghentikan operasi hotel tersebut dibuat selepas perbincangan tahun lalu.

“Perniagaan perhotelan di sini sememangnya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan mungkin disebabkan oleh faktor lokasi yang kurang strategik kerana jauh dari Kuala Lumpur.

“Jadi kita akan tutup hotel ini bermula 1 Jun,” katanya.

Jelas beliau, hotel itu tidak mampu menanggung kadar sewa baru mengikut kadar pasaran semasa.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.