Monday, April 7, 2014

Rosmah Tidak Marah

SHAH ALAM REBELS     9:00 AM    



"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara.

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah, mendakwa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.

Suspek yang berumur 25 tahunditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspekdi Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi semalam.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.