Wednesday, April 9, 2014

Saifuddin Berganding Dengan Rafizi Lawan Azmin Ali

SHAH ALAM REBELS     12:00 PM    


Tiga pemimpin tertinggi PKR - Datuk Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar dan dan Rafizi Ramli - membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti itu Mei ini.

Pembentukan pasukan bertemakan “Masa Depan Bersama” itu diumumkan dalam sidang media di sebuah hotel berdekatan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin bertanding jawatan timbalan presiden dalam pertandingan enam penjuru menentang beberapa lagi tokohheavyweight parti, termasuk penyandang Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Tian Chua.

Nurul pula mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden manakala Rafizi pula mencuba nasib untuk jawatan sama.

Calon lain dalam pemilihan PKR yang hadir dalam acara itu termasuk Tian Chua dan Nik Azmi Nik Ahmad (calon ketua Pemuda), selain beberapa wakil rakyat.

Kemunculan Tian Chua (kiri), yang bertanding jawapan sama dengan Saifuddin, juga membuka kemungkinan terdapat rundingan antara kedua-dua pihak.

Tian Chua bagaimanapun berkata masih menumpukan kepada kerusi timbalan presiden dan belum membuat keputusan sama ada mahu menarik diri.

"Saya belum membuat keputusan muktamad, namun fokus saya jawatan timbalan bagaimanapun sekiranya saya bertanding jawatan itu ia tidak akan menjejaskan persahabatan saya dan Saifuddin," katanya.

Sementara itu, Saifuddin tidak menjelaskan secara langsung kenapa gabungan itu dibentuk sebaliknya menegaskan soal kebersamaan dan keadaan saling melengkapi.

Dengan sokongan pelbagai pihak, beliau juga menjangkakan tiada masalah berdepan pemilihan kali ini.

“Saya yakin saya saya boleh menang,” katanya berseloroh dan disambut ketawa kecil kira-kira lebih 200 penyokongnya daripada pelbagai negeri.

Rafizi bangkitkan isu Azmin-Khalid

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau bergabung dengan dua pemimpin itu kerana berkongsi prinsip “memberi tumpuan kepada soal-soal rakyat” berbanding isu perselisihan personaliti.

Anggota Parlimen Pandan itu membangkitkan secara langsung pertembungan Khalid dan Azmin yang memuncak ketika Azmin digugurkan daripada syarikat negeri Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS).

“Kebelakangan ini perselisihan personaliti antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali tidak membantu rakyat, pada pendapat saya.

“Walaupun keputusan saya menongkah arus, saya diberitahu ada yang mengatakan tindakan ini tindakan membunuh diri, namun, kita wujudkan (kumpulan ini) untuk bawa suara rakyat," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berkata, gabungan itu mempamerkan “nilai reformasi” untuk kepentingan masa depan parti.

"Bagi saya gandingan ini dilihat sebagai satu gandingan yang mempamerkan ciri-ciri reformasi dan nilai positif dan kita mampu mengarap kekuatan bersama pimpinan lain," katanya.

Kumpulan itu akan memulakan program jelajah ke seluruh negara bermula 12 April sehingga 5 Mei bagi menjelaskan manifesto mereka. - M'kini


1 comments :

Anonymous said...

'Nilai Reformasi' Izzah?.Mana ada reformasi lagi dalam PKR,kami dulu tertipu sangkakan benar lah parti refomasi,rupanya hanya parti utk membela PELIWAT.Mana refomasi di Selangor,selepas PKR memerentah?,semuanya memburu kebendaan,populeriti dan pangkat.Mana rakyat susah yg sudah di senangkan,mana penyelewngan yg telah di tangani,mana kemajuan yg telah di tingkatkan,mana perubahan yg menyenangkan rakyat?.Yelek.Kamu semua penipu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.