Monday, April 21, 2014

Saya Mohon Maaf Kepada Keluarga Karpal

SHAH ALAM REBELS     1:10 PM    


"Saya mengambil rasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan merakamkan rasa penyesalan tidak terhingga, sekali gus memohon maaf khususnya kepada ahli keluarga mendiang dan rakyat Malaysia yang tersinggung."

Begitu kata Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad apabila menarik semula kata-kata dalam status Facebook (FB) miliknya berikutan isu memuat naik gambar tidak releven berkaitan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya, Khamis lalu.

Katanya, permohonan maaf itu atas kesedaran peribadi dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak serta tanpa menerima sebarang tekanan luar.

Jelasnya lagi, beliau mengakui laman sosial FB itu diuruskan oleh beberapa kakitangannya sebagai 'admin'.


1 comments :

Anonymous said...

KS can go to hell..........LkS next......

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.