Friday, April 4, 2014

Saya Tidak Takut Dengan 'Si Pondan' - Wan Azri

SHAH ALAM REBELS     9:30 AM    


Hari ini pencabulan sekali lagi dilakukan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat ke atas saya dengan menggunakan kedudukan mereka selaku ahli parlimen yang diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan telah membuat kenyataan ugutan untuk membuat satu laporan Polis ke atas saya yang mana menyatakan saya telah menipu mahkamah sewaktu perbicaraan kes Anwar Ibrahim menyaman saya RM 100 juta. Rafizi Ramli juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu menyaman saya kerana menfitnah beliau telah dipecat dari Petronas.

Mengapa Rafizi Ramli budak suruhan rahum Ghouse mahu menyaman saya sedangkan yang menerbitkan artikel tersebut adalah blog Papa Gomo dan blog blog lain? Namun jika beliau Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mahu menyaman saya, maka silakan kerana saya tidak gentar menjadi si pondan untuk takut dengan ugutan.

Mahkamah tinggi tempoh hari memutuskan saya adalah pemilik blog Papa Gomo walaupun penafian telah saya lakukan. Bagaimana kreabiliti kepututusan hakim yang meletakkan saya bersalah sedangkan tidak ada sebarang bukti saya pemilik blog Papa Gomo? Adakah hakim hakim boleh dipercayai tidak berat sebelah atas keputusan yang telah dibuat? 

Rafizi Ramli melalui twitter menyerang saya dengan menakut nakutkan saya dengan hukuman 7 tahun penjara kerana dikatakan memberi keterangan palsu di mahkamah. Turut sama menyerang saya adalah N.Surendran ahli parlimen Padang Serai dan Lathefa Koya ahli majlis tertinggi PKR yang juga bekas ahli majlis perbandaran Petaling Jaya. Lathefa Koya dan N.Surendran ini juga merupakan peguam kepada Dato Sri Anwar Ibrahim sewaktu kes saman Anwar ke atas saya.

Mereka berjawatan dengan kekebalan Ahli Parlimen yang mana mempunyai kedudukan yang cukup baik dari segi politik dan juga mempunyai pengaruh yang boleh menjadikan sesuatu kes prejudis ke atas saya seorang rakyat marhain yang tidak mempunyai apa apa kapasiti jawatan dalam politik mahupun kerajaan. Adakah ini yang telah membuktikan bahawa rakyat marhain seperti saya akan menjadi mangsa ditindas oleh mereka yang berjawatan dan kebal undang undang?

Sebagai contoh Rafizi Ramli telah dituduh di mahkamah seksyen Shah Alam atas kesalahan BAFIA yang mana kes tersebut dibicarakan pada tanggal 1/8/2012. Rafizi Ramli yang sewaktu itu merupakan pengarah strategik PKR telah diberikan ikat jamin sebanyak RM 15,000 ringgit dan mahkamah menetapkan kes perbicaraan pada bulan September 2012.

Rafizi Ramli kemudiaanya melakukan segala usaha bagi mengetepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dan mendakwa beliau tidak bersalah dalam mendedahkan maklumat perbankkan milik individu lain. Mahkamah kemudiannya memutuskan kes tersebut dibicarakan pada tanggal Jun 2013. Rafizi Ramli

Sedikit kronologi kes BAFIA Rafizi Ramli :

10 September 2012, Rafizi Ramli menerusi peguamnya, Sivarasa membuat rayuan agar pertuduhan tersebut diketepikan kerana beranggapan, pertuduhan tersebut melanggar peraturan negara, selain berniat jahat untuk mengenakan Rafizi Ramli.

23 November 2012, permohonan untuk mengenepikan tuduhan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Rafizi Ramli yang cukup hebat apabila bercakap tetapi pucat lesi apabila dibawa masuk ke mahkamah, meneruskan proses untuk mengenepikan tuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan.

23 Mei 2013, rayuan Rafizi Ramli yang difailkan oleh Sivarasa Rasiah di Mahkamah Rayuan telah ditolak kerana rayuannya tidak mempunyai merit. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata, dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai merit.

Hakim kemudiannya mengeluarkan arahan agar perbicaraan kes itu dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Namun pada 10 Jun malah sehingga ke hari ini kes tersebut masih lagi belum berjalan yang mana Rafizi Ramli kini sudah menjadi seorang ahli Parlimen. Adakah atas kerana beliau seorang ahli parlimen maka kes tersebut telahpun digugurkan? Adakah ini yang berlaku dalam Malaysia hari ini yang mana kes yang melibatkan kepentingan awam sepertimana kes Rafizi Ramli ini tidak perlu diteruskan ataupun wajar digugurkan?

Menurut Akta BAFIA (Bank & Financial Act) atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 menjadi satu kesalahan sekiranya dokumen peribadi syarikat diambil dari bank tanpa persetujuan pemiliknya, apatah lagi didedahkan kepada umum.

Saya bukan mahu menghina proses mahkamah yang ada hari ini, namun dengan keputusan mahkamah yang berlaku sebelum ini saya melihat terdapat jurang yang amat besar apabila yang bekedudukan dan berjawatan tidak seperit rakyat marhain apabila dituduh di mahkamah. Apakah kesalahan yang dilakukan telah diberi kategori oleh pihak mahkamah yang mana jika individu tersebut seorang yang berkedudukan maka proses tersebut tidak seketat rakyat marhain yang dibawah ini?

Lihat sahaja kes Dato Sri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Tertuduh Anwar Ibrahim bebas melakukan apa sahaja sepanjang perbicaraan yang mana sesuka hati menangguhkan kes liwat tersebut sehingga berpuluh puluh kali. Berbeza dengan pesalah lain yang mana tidak mempunyai kesempatan untuk menangguhkan kes dan jika tertangguh pasti waran tangkap akan dikeluarkan kepada tertuduh.


Penghinaan mahkamah secara berterusan oleh Dato Sri anwar Ibrahim juga dipandang sepi oleh jabatan kehakiman negara. Kenyataan kenyataan Anwar Ibrahim yang menghina mahkamah sehingga mengaitkan keputusan mahkamah dengan politik dalam menghina mahkamah tidak diambil tindakan. Jika rakyat marhain yang melakukan ulasan sedikit akan keputusan mahkamah pasti individu tersebut akan dijatuhi hukuman penjara. Kenapa perlu berbeza antara pesalah vvip seperti Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan yang lain berbanding pesalah lain rakyat marhain?

Saya menunggu dengan tenang apa yang bakal dilakukan Rafizi Ramli ahli Parimen Pondan ke atas saya. Saya menanti serangan dari pemimpin PKR ke atass saya. Mereka mempunyai wang dan kuasa dan mereka boleh melakukan apa sahaja dalam menindas rakyat marhain seperti saya. Namun undur setapak sekalipun tidak akan saya lakukan dan akan terus berjuang demi menegakkan kebenaran dan hak saya selaku rakyat Malaysia.

Saya bukan musuh ataupun ancaman kepada negara apatah lagi mahu menggulingkan kerajaan tidak sepertimana ahli parlimen PKR yang terang terang mahu menggulingkan kerajaan yang jelas mahu menggulingkan YDP Agong dan Malaysia.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Pilihanrayakini.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.