Monday, April 21, 2014

UMNO Akan Baiki Hubungan Dengan Profesional Muda

SHAH ALAM REBELS     10:04 AM    


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui golongan profesional muda sebelum ini kurang mendapat perhatian dan penekanan daripada kepimpinan BN.

Akibatnya ketidakpedulian itu katanya telah memberi impak negatif kepada kedudukan politik Umno-BN di negara ini.

"Perkara ini amat ketara sekali kesan politik kepada kita (Umno-BN).

"Dengan biro baharu ini, ia dapat menghubungkan kita dengan golongan profesional muda dan bagaimana Pemuda dapat memberikan perkhidmatan kepada golongan ini," katanya berucap merasmikan Biro Profesional Muda Pemuda Umno di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kemerosotan undi golongan profesional muda dan pinggir bandar kepada BN pada PRK N25 Kajang sekali gus memberi kelebihan kepada PKR untuk memenangi kawasan itu pada 23 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Khairy menambah penambahan undi golongan muda perlu dipandang serius dan pihaknya kini mula mendekati tenaga profesional itu bagi memulihkan kepercayaan mereka terhadap Umno-BN pada PRU14 nanti.

"Kita buat keputusan untuk mendekati mereka melalui biro kita, bukan sahaja buat majlis penerangan dasar kerajaan bahkan memberikan perkhidmatan kepada mereka melalui kursus-kursus profesional.

"Barulah pulih keyakinan profesional muda terhadap Pemuda Umno yang memberi kini memberi perhatian lebih kepada mereka," katanya.

Antara tiga program yang ditawarkan di bawah Biro Profesional Muda bagi meningkatkan keupayaan golongan itu ialah Pro-Excel, My Skills dan Carrier Jump Start.

Jelasnya, menerusi program Excel, profesional muda diberikan kursus persediaan sebelum mereka menduduki peperiksaan profesional seperti LCCA, guaman dan kejuruteraan secara percuma.

Selain itu, program My Skills pula diberikan kepada mereka yang sudah bekerja tetapi memerlukan kursus dalam komunikasi perniagaan dalam teknologi maklumat untuk meningkatkan keupayaan golongan profesional muda.

Manakala 'Carrier Jump Start' pula disediakan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian tetapi memerlukan latihan dalam komunikasi dan pengetahuan industri berkenaan supaya kebolehpasaran mereka bolej ditingkatkan.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.