Tuesday, April 8, 2014

UMNO Selangor lapor SPRM

SHAH ALAM REBELS     11:22 AM    


Umno Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada syarikat Tropicana Sephire Sdn Bhd.

Ini kerana urusniaga itu dilakukan ketika kerajaan negeri hanya berstatus 'kerajaan sementara' ekoran belum lagi mengangkat sumpah selepas berjaya mengekalkan pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Umno Selangor melalui Pergerakan Ketua Pemuda akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk SPRM menyiasat sekiranya ada penyalahgunaan kuasa kepada kerajaan negeri khususnya pimpinan negeri sewaktu 'caretaker goverment' mengapa penjanjian ini ditandatangani?

"Kita serah kepada SPRM untuk siasat jika ada penyalahgunaan kuasa dan bertentangan dengan undang-undang negeri Selangor tapi kalau mengikut kenyataan Menteri Besar nampaknya memang jelas MB sendiri dia kontradik dengan kenyataan yang beliau buat pada 12 April 2013," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. 

Hadir sama dalam sidang media itu ialah ahli Parlimen Sabak Bernam,Abdul Rahman Bakri dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Terdahulu, ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mendedahkan urusniaga 'aneh' itu dan menggesa agar perkara itu dibawa ke sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Katanya, kerajaan negeri khususnya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu telus dan menjelaskan perkara itu kepada rakyat.

Xavier menerusi kenyataan medianya turut berkata kerajaan negeri Selangor mungkin mengalami kerugian jutaan ringgit akibat urusniaga itu.

"Melihat kepada perjanjian baru yang pada hemat saya menyebelahi Tropicana dan memberi persepsi bahawa kerajaan Selangor mungkin kehilangan jutaan ringgit, isunya adalah bagaimana perjanjian ini dibenarkan untuk ditandatangani?

“Bagaimana menteri besar membenarkan perjanjian ditandatangani ketika tempoh kerajaan sementara?" kata Xavier dalam satu kenyataan hari ini.

April tahun lepas, kerajaan negeri menjual 1,172 ekar tanah paya di Kuala Langat milik MBI berserta dengan pelan pembangunan kawasan tersebut yang dibangunkan Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

Selangor bersetuju agar Tropicana membayar bayaran 'tertunda' dalam tempoh 20 tahun, termasuk 12 tahun ansuran nilai tanah sebanyak RM587 juta.

Bagaimanapun Tropicana menjual 308 ekar tanah itu kepada syarikat Eco World pada keuntungan RM 170 juta.

Menurut Ketua Eksekutif MBI, Faekah Hussin, 15 syarikat terkemuka membuat bidaan untuk tanah tersebut namun berjaya dijual kepada Tropicana (dulu dikenali sebagai Dijaya) yang membuat bidaan paling tinggi bernilai RM 1.29 billion. - Antarapos


1 comments :

Anonymous said...

Aku tengok makin banyak aset kita ke Australia. Kapal mana pula yang standby untuk pertahanan negara? Jikalau tepat pada masanya, ketika inilah negara boleh di serang macam suasana Pearl Harbor. Sekali tembak semua kapal kat Perth tu hancur berderai.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.