Tuesday, April 8, 2014

Xavier Dakwa Selangor Mungkin Rugi Jutaan Ringgit

SHAH ALAM REBELS     12:00 PM    


ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mendakwa kerajaan negeri Selangor mungkin akan rugi jutaan ringgit ekoran penjualan tanah di Kuala Langat kepada syarikat Tropicana.

Bukan itu sahaja, urusniaga itu turut mengundang syakwasangaka apabil ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa iaitu sebelum kesemua ADUN mengangkat sumpah setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru Xavier mendesak agar urusniaga 'aneh' itu dibawa ke sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), bagi merungkai perasaan was-was yang timbul dikalangan wakil rakyat.

Untuk rekod, Xavier berkata perjanjian penjualan tanah itu dibuat pada April 2013 manakala proses mengangkat sumpah ADUN dibuat pada Mei tahun yang sama.

"Melihat kepada perjanjian baru yang pada hemat saya menyebelahi Tropicana dan memberi persepsi bahawa kerajaan Selangor mungkin kehilangan jutaan ringgit, isunya adalah bagaimana perjanjian ini dibenarkan untuk ditandatangani?

“Bagaimana menteri besar membenarkan perjanjian ditandatangani ketika tempoh kerajaan sementara?" kata Xavier dalam satu kenyataan hari ini.

April tahun lepas, kerajaan negeri menjual 1,172 ekar tanah paya di Kuala Langat milik MBI berserta dengan pelan pembangunan kawasan tersebut yang dibangunkan Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

Selangor bersetuju agar Tropicana membayar bayaran 'tertunda' dalam tempoh 20 tahun, termasuk 12 tahun ansuran nilai tanah sebanyak RM587 juta.

Bagaimanapun Tropicana menjual 308 ekar tanah itu kepada syarikat Eco World pada keuntungan RM 170 juta.

Justeru Khalid minggu lalu menegaskan beliau 'sangat pasti' dengan tuntutan RM 844 juta ke atas 748 ekar tanah yang boleh dibangunkan dari Tropicana kerana syarikat itu telahpun mendapat keuntungan awal berdasarkan harga tanah tersebut.

Menurut Ketua Eksekutif MBI, Faekah Hussin, 15 syarikat terkemuka membuat bidaan untuk tanah tersebut namun berjaya dijual kepada Tropicana (dulu dikenali sebagai Dijaya) yang membuat bidaan paling tinggi bernilai RM 1.29 billion.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.