Thursday, May 29, 2014

Bas Subsidi RM10 Untuk #PRKTelukIntan

pilihanraya kini     7:10 PM    



TELUK INTAN: DAP mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pengundi dari sekitar Lembah Klang dan luar negeri Perak, pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, buat masa ini, hanya dua buah bas diperuntukkan dengan subsidi tiket RM10 seorang, dan ia akan ditambah dari masa ke masa bergantung kepada permintaan.

“Kami peruntukkan tiket balik sebanyak RM10 seorang. Buat masa ini, ada dua buah bas digunakan. Difahamkan, ramai pengundi dijangka balik menggunakan perkhidmatan bas yang kami sediakan,” katanya kepada The Rakyat Post selepas sidang media di Pusat Operasi Utama DAP, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ong turut mendakwa, nombor telefon yang dipaparkan di laman sosial Facebook sebagai rujukan orang ramai berhubung perkhidmatan bas itu, telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, terdapat mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor telefon sekretariatnya yang dihantar kepada orang ramai memaparkan mesej: “Esok adalah hari mengundi. Saya berharap anda dapat mengundi saya, Mah Siew Keong, calon BN. Saya berjanji akan bawa perubahan masa depan Teluk Intan.”

“Saya percaya ini kerja Barisan Nasional. Perkhidmatan telekomunikasi yang kami gunakan telah digodam oleh pihak berkepentingan tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan usaha kami menarik sokongan pengundi dari luar Teluk Intan.

“Saya menggesa perbuatan ini dihentikan segera,” katanya.


Sumber : http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/502897-bas-subsidi-rm10-untuk-prk-teluk-intan.html


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.