Thursday, May 22, 2014

#PrkTelukIntan : Jangan Timbul Provokasi

pilihanraya kini     4:02 PM    



Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong menegaskan semua pihak baik daripadanya atau pembangkang supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya menimbulkan sebarang kekecohan kerana negara kita merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Pengundi dan semua pihak diharap bersabar dan tidak mengganggu mana-mana pihak terutama sekali pihak pembangkang,” katanya.

Jelasnya lagi, penyebaran gambar dan kenyataan fitnah yang disebarkan seharusnya dihentikan serta merta.

Perjalanan berkempen katanya, masih pada tahap 30 peratus dan beliau akan terus mempergiatkan kempen sehingga 70 peratus.

“Biarpun saya tidak mampu menemui pengundi hingga ke tahap 100 peratus, namun kempen saya bukan sekadar bersalam dengan pengundi tetapi berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya selepas melawat pusat daerah mengundi Jalan Maharaja Lela, hari ini.

Kempen turun padang bagi mendekati pengundi juga jelasnya, setakat ini telah berjalan dengan lancar dan beliau berjanji akan terus melipat gandakan usaha untuk meraih undi.

“Saya anak tempatan dan lebih memahami masalah yang dihadapi, pastinya saya cukup sayangkan kampung halaman ini,” katanya lanjut.

Datuk Mah Siew Keong bakal menghadapi saingan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, bakal bertanding dalam PRK Teluk Intan yang ditetapkan 31 Mei ini.


Sumber : http://peraktoday.com.my/?p=185415


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.