Sunday, May 25, 2014

DAP Jangka Jumlah Yang Keluar Mengundi Lebih Tinggi Di #PRKTelukIntan

pilihanraya kini     6:45 PM    



GEORGE TOWN, 25 Mei (Bernama) -- DAP kini memberi tumpuan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan kerana menjangka jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah lebih tinggi daripada PRK kerusi Parlimen Bukit Gelugor.

Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tumpuan parti ialah di Teluk Intan dan parti telah memilih muka baharu Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya.

"Kami masih ketinggalan di belakang Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan tetapi kami akan terus berjuang," kata beliau kepada pemberita selepas mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Confucian di sini, Ahad.

Pada PRK kerusi Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini, Dyana Sofya akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden gerakan.

PRK Teluk Intan diadakan selepas penyandang kerusi itu, Seah Leong Peng, 48, dari DAP, meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei.

Pada pilihan raya umum 2013 yang lepas, Seah menewaskan Mah dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

-- BERNAMA


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.