Monday, May 5, 2014

Gelombang Kedua Kemarau Lebih Teruk?

SHAH ALAM REBELS     11:12 AM    


Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) bimbang sekiranya gelombang kedua cuaca panas mengakibatkan catuan air berlaku dengan lebih teruk berbanding apa dialami selama dua bulan ini.

Presidennya, S Piarapakaran berkata, pihaknya khuatir sekiranya gelombang kedua cuaca panas berlaku mulai Jun ini bakal menyebabkan paras empangan tersebut lebih menyusut.
Piarapakaran berkata, beliau membidas keputusan kerajaan negeri menghentikan catuan air melibatkan Empangan Sungai Selangor.

Menurutnya, tindakan pengumuman tersebut digambarkan sebagai keputusan tidak profesional kerana sebelum ini kerajaan negeri melalui agensinya, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menyatakan empangan tersebut perlu capai paras 55 peratus.

Katanya, sekiranya keadaan tersebut berlaku maka adalah lebih sukar untuk merawat air di bawah paras kritikal 30 peratus yang memerlukan lebih banyak kos kerana kandungan nutrien yang tinggi.

“Tindakan henti catuan ini tak profesional kerana setakat ini semua hanyalah ramalan sahaja maka apa akan jadi sekiranya keadaan cuaca panas lebih teruk.

“Sebelum ini mereka mengatakan empangan perlu capai paras 55 peratus tetapi sekarang baru kira-kira 40 peratus dan mereka sudah umumkan catuan dihentikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku catuan yang lebih kronik berbanding situasi dihadapi rakyat Selangor baru-baru ini.

Piarapakaran berkata, beliau mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) tidak memastikan sama ada pengumuman dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung catuan dihentikan berkuat kuasa kelmarin itu benar-benar merupakan keputusan tepat.

Menurutnya, beliau turut mengkritik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kerana disifatkan sebagai tidak profesional.

Katanya, beliau mendapati semua pihak saling tuding-menuding antara satu sama lain berhubung krisis air ini.

“Saya tak setuju catuan dihentikan kerana kita perlu membuat persediaan sekiranya berlaku sebarang perkara yang berisiko.

“Span sepatutnya memainkan peranan memastikan Abdul Khalid tidak membuat keputusan silap,” katanya.menyusut menjelang musim panas pada Jun nanti. - Sinar


1 comments :

Anonymous said...

Depa dok kata depa betui,biaq pi lah lepas ni bagi orang selangor undi depa lagi asal bukan UMNO.Lantak hampa lah biaq lain hasil nail pulak. Negeri maju banyak duit rakyat merana macam tu yg depa mahu lantak hampa lah yg tanggung.p

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.