Thursday, May 15, 2014

Kemelut Terengganu Berlaku Kerana Salah Faham

pilihanraya kini     11:54 AM    


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemelut politik di Terengganu berlaku berikutan salah faham komunikasi di antaranya dan Datuk Seri Ahmad Said.

Memetik laporan sebuah portal media, Najib bagaimanapun bersyukur kerana konflik itu akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik.

Ini adalah komen pertama Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sejak kemelut berkenaan tercetus pada Isnin lalu.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Ahmad Said kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya.

Katanya, beliau turut berjanji akan hadir pada majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad Said pada 17 Mei ini di Kemaman.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Auto Forum 2014 di sini, sebentar tadi. - Sinar Harian


1 comments :

Anonymous said...

Ini satu kelemahan yg tidak boleh di biarkan,kerana dalam pemerentahan negara dan pentadbiran parti yg memerentah,sistem kominikasi adalah perkara penting,silap komunikasi boleh menjahanamkan negara dan rakyat.Rasanya elok PM dan teamnya cermin diri dan perbetulkan kelemahan mereka serta merta.Patutlah selama ini rintihan rakyat,penyokong dan pengkritik terpendam begitu saja tanpa tindakan,rupanya PM dan orang nya tak pandai berkomunikasi.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.