Friday, May 30, 2014

#PrkTelukIntan : Pendirian Dyana Bukan Satu Masalah Pada Pas

pilihanraya kini     4:27 PM    




Pas menyifatkan pendirian hudud yang dibawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud bukan satu masalah besar kepada parti itu menarik undi Melayu terutama di kawasan Dun Changkat Jong.


Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbezaan pendirian yang dibawa Dyana Sofya sebagai orang Melayu mewakili DAP, dianggap masih berada dalam ruang demokrasi.

“Dalam BN, calonnya itu juga dari parti yang menentang hudud, Gerakan menolak hudud jadi jelas sebenarnya mereka yang mendahului, Dyana masih dalam ruang demokrasi dan Pas tiada masalah,” katanya pada majlis bersama media, kelmarin.

Ditanya mengenai usaha Pas untuk mengubah persepsi penduduk kampung Melayu berhubung pendirian hudud itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ia bukan satu kebimbangan besar kerana generasi baru sudah membuktikan penerimaan mereka terhadap situasi politik merentasi kaum.

“Sejarah dulu dah buktikan bahawa orang Cina boleh terima orang Melayu, jadi permasalahan untuk orang Melayu terima calon Melayu...saya tak fikir boleh berlaku.

“Cuma mereka tersekat dengan persepsi yang dicanangkan terhadap DAP, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dalam kempen pilihan raya kecil ini, Pas berusaha mempertahankan undi Melayu yang diperoleh pada PRU13 lalu bagi memastikan kemenangan DAP.

Menurutnya, ia sudah cukup bagi menjamin kemenangan wakil PR di Teluk Intan.

“Walaupun jangkaan saya yang keluar mengundi mungkin merosot, jadi jumlah perolehan undi juga mungkin akan alami kemerosotan, tapi yang penting, Dyana menang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian



2 comments :

Anonymous said...

pas ni pelik betul la...org tolak hudud disokongnya...jelas dan nyata hudud yg selalu ditasbihkan pemimpin pas ni cuma bohong dan utk politik semata2. dasar parti munafik....ckp berdegar2 nak buat hudud tp di penang sokong dap di teluk intan sokong dap yg maha jelas menolak hudud...celaka lah pas..

Anonymous said...

pas ni pelik betul la...org tolak hudud disokongnya...jelas dan nyata hudud yg selalu ditasbihkan pemimpin pas ni cuma bohong dan utk politik semata2. dasar parti munafik....ckp berdegar2 nak buat hudud tp di penang sokong dap di teluk intan sokong dap yg maha jelas menolak hudud...celaka lah pas..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.