Monday, May 5, 2014

Pemilihan PKR: Adun Lunas Tewas

SHAH ALAM REBELS     3:30 PM    

Adun Lunas, Azman Nasaruddin, tewas kepada M Karupaiya dalam pemilihan Jawatan Ketua Cabang PKR Padang Serai di Dewan Klang Lama pagi kelmarin.

Selain Azman, turut tewas dalam pertandingan tiga penjuru itu adalah Dr G Balasubramaniam.

Karupaiya berkata, kemenangan diperoleh jelas menunjukkan rakyat di Padang Serai mahu pemimpin dalam kalangan anak tempatan.

Katanya, dengan kemenangan diperoleh, beliau akan membuat satu perubahan baharu kepada PKR Padang Serai selain menyatupadukan semua ahli PKR yang terdiri dari berbilang bangsa.

“Walaupun saya menang dan menjadi Ketua Cabang PKR Padang Serai, ia tidak akan mengakibatkan penyokong saya dan Azman berpecah. Saya akan melantik Azman sebagai penasihat saya dan memastikan PKR Cabang Padang Serai akan menjadi lebih mantap, " katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.