Sunday, May 18, 2014

#PRKBUKITGELUGOR : BENDERA UMNO TEGUH BERDIRI WALAUPUN TIDAK BERTANDING?

pilihanraya kini     7:22 PM    


Tiga penyokong Umno mempertikai gantungan bendera PAS di Dewan JKKK Bukit Gelugor seperti disiarkan TV9 tengah hari semalam  dijawab pemimpin tempatan.

Koordinator Markas Induk PAS Bukit Gelugor, Mohd. Nasir Yahya mendedahkan bendera Umno turut digantung di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) setempat seminggu sebelum hari penamaan calon lagi, sungguhpun BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor.

"Walaupun Umno atau BN tidak bertanding, bendera keris (lambang Umno) dipasang keliling dewan JKKKP.

"Tiada projeklah di Bukit Gelugor kerana BN tak bertanding, mungkin protes ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak," ujar Mohd. Nasir (gambar) yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) di sini, malam tadi.

Mohd. Nasir menjelaskan,ahli PAS menyokong calon DAP Ramkarpal Singh Deo di sini atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat, sebagaimana ditegaskan oleh Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.