Friday, May 16, 2014

#PRKBukitGelugor: Calon Dap Cabar Undang-Undang?

pilihanraya kini     2:00 PM    


Tahukah anda, sepanjang kempen yang dijalankan oleh calon DAP itu iaitu semenjak dari hari Penamaan Calon pada 12 Mei lagi, JEEP WRANGLER itu tidak mempunyai cukai jalan yang sah. Cukai jalan Jeep berkenaan telah tamat tempoh semenjak 24 Mac 2014 lalu.

Pemeriksaan dengan rekod JPJ turut mengesahkan fakta ini.


Perkara sekecil itu pun DAP boleh cabar, apakan lagi isu-isu besar. Undang-undang Malaysia bukanlah untuk mereka hormati kerana mereka adalah DAP dan mereka adalah peguam-peguam yang boleh memanipulasikan segala undang-undang di negara ini.

Tapi itulah yang disukai dan digemari oleh sebahagian daripada anak-anak muda zaman sekarang. Sesiapa atau mana-mana organisasi yang berani melanggar undang-undang negara, akan diangkat serta dianggap sebagai perwira.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Pilihanrayakini.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.