Friday, May 16, 2014

#PRKBukitGelugor: Calon Dap Tetap Tolak Hudud

pilihanraya kini     11:47 AM    


Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo tetap dengan pendirian menolak pelaksanaan hudud di negara ini. 

“Saya tetap sama dengan pendirian mendiang bapa, Karpal Singh dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya ketika mengulas tindakan pihak tertentu menggunakan gambarnya yang diubahsuai serta logo DAP pada poster ‘Hudud For All 2020’ yang disebarkan di Facebook.

Menurutnya, poster berkenaan tidak ada kena mengena dengannya sebaliknya mahu merosakkan reputasinya sebagai calon DAP.

“Sebarang poster yang menggunakan isu hudud tertera gambar saya sama sekali bukan dicetak jentera PR dalam kempen PRK Bukit Gelugor,” katanya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.