Saturday, May 24, 2014

#PrkBukitGelugor : "DAP Tiru Manifesto Saya." - Huan

pilihanraya kini     2:26 AM    



GEORGETOWN - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini mendakwa calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo menciplak manifestonya. 

Katanya lima daripada enam perkara utama yang dikenal pasti DAP itu sebenarnya terkandung dalam manifesto PCM yang bertemakan 'Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan', yang diumumkan pada Rabu. 

Huan, yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu, juga mempertikai sikap DAP yang tidak menyatakan pendiriannya tentang hudud dalam manifesto itu. 

"Lebih kurang 60 peratus daripada manifesto DAP sama dengan maifesto saya dan saya percaya mereka menirunya kerana mereka hanya mengumumkannya tiga hari sebelum hari mengundi Ahad ini," kata Huan kepada pemberita di bilik gerakannya di Air Itam di sini hari ini.

Beliau berkata antara perkara sama yang terkandung dalam menifesto PCM dan DAP ialah penambahbaikan terhadap masalah lalu lintas, pembinaan kawasan rekreasi, penambahbaikan terhadap pasar basah serta mengenai perumahan dan alam sekitar.

"Semua isu dimainkan DAP seperti kehilangan pesawat MH370 dan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), tapi kenapa mereka tak sebut sepatah perkataan pun mengenai pendirian mereka terhadap hudud?" tanya beliau. 

Huan juga menafikan beliau menggelar Ramkarpal Singh seorang 'gay' dan sebaliknya berkata perkara itu diputar belit DAP untuk memancing undi Ahad ini.

"Saya tak pernah panggil dia gay, media juga tidak memangilnya begitu, tapi itulah taktik mereka untuk memutarbelitkan isu dalam media sosial bagi mencapai matlamat mereka, katanya. 

Beliau juga menggesa calon dalam pilihan raya kecil itu supaya berkelakuan dan bertanding secara sihat berikutan dua papan iklannya disimbah cat merah pagi ini. 

"Kita patut bertanding secara sivil. Apa gunanya merosakkan bahan kempen satu sama lain? Kalau mereka suka sangat dengan papan iklan atau kain rentang saya, saya boleh hantar kepada mereka selepas pilihan raya kecil ini jika mereka beri alamat mereka kepada saya," katanya. 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan Karpal Singh daripada DAP dalam nahas jalan raya pada 17 April. 

Ia melibatkan pertandingan empat penjuru antara Huan, Ramkarpal dan dua calon bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar. -

Bernama


1 comments :

Anonymous said...

Great blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
A design like yours with a few simple adjustements would really make my blog jump out.
Please let me know where you got your design. Thank you

Visit my web page music marketing manifesto

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.