Tuesday, May 13, 2014

#PRKBukitGelugor: Dap Diselar Sebab Buat Kecoh Di Hari Penamaan Calon

pilihanraya kini     5:56 PM    


Calon bebas Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan menyelar tindakan sekumpulan remaja yang membawa dan memainkan peratan muzik berupa gendang tarian naga semasa hari penamaan calon semalam.

Menurut Datuk Huan, memainkan alat muzik semasa perarakan calon merupakan satu kesalahan di bawah peraturan SPR dan mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Mereka berarak bersama penyokong DAP, berkemungkinan remaja ini telah dipergunakan oleh DAP,” ujar Datuk Huan.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia itu juga mencabar DAP untuk membuat laporan polis bersama berkaitan perkara itu sekiranya DAP tidak terlibat dengan pelanggaran peraturan SPR tersebut.

Datuk Huan dalam sidang media di Bilik Operasi PCM di Air Hitam juga menyatakan manifesto beliau dalam PRK Bukit Gelugor akan diumumkan dalam satu sidang media khas esok.

“Sempena Hari Wesak yang jatuh pada hari ini saya berehat dulu untuk urusan keagamaan dan akan memulakan kempen esok,” kata Datuk Huan kepada PutrajayaOnline di akhir perbualan.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.