Thursday, May 22, 2014

#PrkBukitGelugor : I'm Not Gay - Huan

pilihanraya kini     2:10 PM    

DAP kini di lihat mula membawa turun pemimpin-pemimpin utama mereka dari seluruh negara bagi membantu kempen di PRK Bukit Gelugor.

Satu tindakan yang di rasakan agak sedikit kelam kabut memandangkan Bukit Gelugor sebelum ini di kenali banyak pihak sebagai "Stronghold DAP" atau kubu kuat DAP dan dinasti Karpal.

Namun kehadiran calon Ramkarpal sebagai pengganti kepada mendiang Karpal di lihat banyak pihak tidak membantu DAP untuk mendapatkan kemenangan mudah seperti mana yang di war-warkan sebelum ini.

Semua ini berlaku berikutan kehadiran calon daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang di lihat memberikan tentangan sengit kepada Ramkarpal di Bukit Gelugor.

Dengan siri kempen bertemu rakyat , Datuk Huan di lihat amat di senangi masyarakat setempat memandangkan calon daripada PCM ini punya sikap mesra rakyat.Malahan kemesraan itu bukan sahaja berlaku sewaktu beliau turun berkempen tetapi juga berterusan walau di mana sahaja beliau berada.

Gerak kempen yang di susun oleh jenteranya di lihat konsisten dan kerana itu DAP mula berasa tercabar seterusnya mula menggerakkan jentera sibernya RBA untuk menyerang Datuk Huan dalam usaha menjatuhkan reputasi beliau sebagai calon yang mesra rakyat.

Datuk Huan dalam sidang media semalam menyatakan beliau bukan sahaja di tuduh oleh DAP sebagai pencetus kepada fitnah yang menyatakan Ramkarpal adalah gay tetapi turut di tuduh sebagai seorang pemimpin pengecut atau dalam bahasa cina yang di gunakan adalah "Booo Hood".

Serentak dengan itu beliau telah menunjukkan bukti bagaimana serangan RBA terhadap beliau dengan membuat tuduhan menyatakan Datuk Huan juga adalah seorang lelaki Gay beserta dengan gambar bagi tujuan mengaibkannya.


- See more at: http://www.utaranews.com/2014/05/kempen-pcm-makin-rancak-dap-ternyata.html#sthash.IvF6E2wt.dpuf


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.