Saturday, May 24, 2014

#PrkBukitGelugor : Keputusan PRK Bukit Gelugor Dijangka Seawal 9 Malam

pilihanraya kini     1:18 PM    


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan berlangsung Ahad ini dijangka diumumkan seawal pukul 9 malam di Dewan Sri Pinang di sini.

Pemangku Pengarah Pilihan Raya negeri, Azizal Ahmad berkata, pengumuman kemenangan calon akan dibuat tepat pada masanya sekiranya tiada sebarang kesulitan sepanjang proses pengundian dan pengiraan undi pada hari berkenaan.

"Kita berharap tempoh bagi kedua-dua proses tersebut berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak polis.

"Kepada parti politik yang berjaya, mereka dilarang meraikan kemenangan secara berkumpul di tempat-tempat terbuka. Sekiranya hendak meraikan sekalipun, mesti di tempat yang tertutup," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 17 sekolah di Parlimen Bukit Gelugor akan digunakan sebagai Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada hari pengundian tersebut.

Daripada jumlah itu, menurut beliau, sebanyak tiga sekolah menempatkan jumlah pengundi yang ramai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Itam iaitu seramai 18,900 pengundi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kong Ming Cawangan Kedua (14,900) dan SMK Hamid Khan (7,000).

"Kita berharap semua pengundi keluar secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan berlaku kesesakan," katanya.


sumber - utusan


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.