Sunday, May 18, 2014

#PRKBUKITGELUGOR : MENANG UNTUK KARPAL! BUKAN RAMKARPAL

pilihanraya kini     6:58 PM    


Baru-baru ini calon DAP untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo menafikan slogan "I am Karpal Singh" bertujuan untuk mempedaya pengundi di kawasan yang ditandinginya.

Ramkarpal membidas calon bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, yang sebelum itu mempertikai slogan berkenaan seolah-olah seolah-olah pengerusi DAP yang telah meninggal dunia itu yang bertanding, bukan anaknya Ramkarpal Singh.

"Ia hanya slogan yang tidak sepatutnya difahami secara harafiah dan saya rasa semua orang memahaminya kecuali dia (calon bebas Mohamed Nabi Bux)," kata Ramkarpal kepada media.

Bersesuaian dengan etika penulisan media yang perlu adil dalam menganjurkan pandangan, penulis tidak memihak kepada sesiapa, sama ada Ramkarpal atau Nabi Bux. Kedua-dua ahli politik itu punya kepentingan masing-masing untuk menang PRK.

Ramkarpal perlu pertahan legasi bapanya dan Nabi Bux pula cuba mencabar serta memecah dominasi keluarga Karpal Singh di Bukit Gelugor. 

Namun, sekiranya diteliti pada poster dan kain rentang  yang memaparkan gambar Ramkarpal yang tertulis "I am Karpal Singh" bersama gambar mendiang bapanya, Karpal Singh, pada pandangan kasar penulis ia jelas menunjukkan calon DAP itu memperguna imej bekas Ahli Parlimen Bukit Jelutong yang telah meninggal dunia itu.

Memang benar, sekiranya ditafsirkan secara harfiah, slogan "I am Karpal Singh" membawa maksud "Saya adalah Karpal Singh" dan ungkapan itu merujuk kepada mendiang bapanya, Karpal Singh, dan bukan dirinya yang bernama Ramkarpal.

Slogan di kain rentang itu sebaliknya tidak pula memberitahu ia membawa semangat Karpal Singh sebagaimana yang dijelaskan oleh Ramkarpal dalam memberi justifikasi penggunaan ungkapan berkenaan.

Maka padanlah Nabi Bux tidak faham dan tersalah faham mengenai "semangat Karpal" yang dikatakan Ramkarpal itu. Ia tidak dijelaskan pada kain tentang itu, bagaimana Nabi Bux nak faham, bukan?

Pada pandangan penulis, kempen Ramkarpal pada PRK Bukit Gelugor kali ini lebih menjurus memperguna nama mendiang bapanya dan calon DAP itu tidak berani mempertaruh imej serta pengaruhnya secara peribadi kepada pengundi.

Mungkin Ramkarpal sedar, dia tidak punya sebarang pengaruh, jasa dan mungkin akan disabotaj penyokong DAP sekiranya menggunakan imej dirinya sendiri yang dilihat goyah, tidak meyakinkan serta "baru setahun jagung" untuk dipilih sebagai pemimpin di Parlimen itu.

Mungkin pada calon DAP itu, strategi memperguna imej mendiang bapanya adalah cara terbaik untuk mendapatkan undi simpati rakyat selain cuba mengutarakan persepsi seolah-olah dirinya adalah serupa dengan Karpal Singh.

Pada pandangan penulis, strategi berkenaan tidaklah seampuh mana kerana ia lebih bersifat tidak "genuine", "tiruan" dan paranoid. Ramkarpal seolah-olah tidak percaya pada kemampuan dirinya dan terpaksa menggunakan imej bapanya untuk meraih undi.

Ramkarpal mungkin mampu menang PRK ini, namun kemenangan tersebut boleh disifatkan sebagai kemenangan "mendiang Karpal" yang telah disemadikan beberapa minggu lalu. Apa maknanya "kepalsuan" tersebut di mata pengundi? Keliru atau tertipu dengan persepsi? -

Sumber :
 UtaraNews.com
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/05/prk-bukit-gelugor-jika-menang-kerusi.html#sthash.PS1mPozG.dpuf

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.