Monday, May 19, 2014

#PRKBUKITGELUGOR: PAS SOKONG PEMIMPIN YG TOLAK HUDUD??

pilihanraya kini     6:24 PM    



Bulan ini ada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlangsung, satu di Parlimen Bukit Gelugur, Pulau Pinang dan satu lagi di Parlimen Teluk Intan, Perak. Hari pengundian untuk PRK Bukit Gelugor akan berlangsung pada 25 Mei sementara tarikh membuang undi bagi PRK Teluk Intan pula ialah 31 Mei.
Kebetulannya, kedua-dua PRK ini membabitkan DAP dan menariknya pula kedua-dua calon DAP itu dalam PRK itu berkongsi pandangan sama. Baik Ramkarpal Singh Deo di Bukit Gelugor mahupun calon DAP di Teluk Intan iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, mereka bertegas menolak perlaksanaan hudud selaras dengan pendirian rasmi DAP mengenainya.
Kedua-dua calon DAP itu juga komited jika menang PRK ini mereka akan menyertai rakan PR yang lain untuk mengundi menentang usul draf hudud seandainya PAS masih meneruskan hasrat membawanya ke Parlimen.
Pendirian kedua-dua calon DAP itu jelas bercanggah dengan perjuangan PAS yang gah mengwar-warkan untuk melaksanakan hudud namun dilihat pada kehadiran pemimpin dan penyokong PAS pada hari penamaan calon di kedua-dua kawasan menunjukkan PAS tidak kisah menyokong pihak yang menolak perlaksanaan hudud.
Umum tahu semenjak lebih dua dekad lalu PAS tidak pernah berhenti meyakinkan penyokongnya bahawa permusuhan mereka terhadap UMNO disebabkan parti komponen utama BN itu dikatakan menolak dan menentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dan juga dalam pentadbiran negara.
Berdiri atas prinsip itulah menyebabkan ramai penyokong PAS beranggapan sesiapa yang menganggotai UMNO atau menyokongnya dengan lisan atau perbuatan, apatah lagi mengundi BN yang diterajui UMNO dalam mana-mana pilihan raya, maka hukumnya haram dan nerakalah habuannya.
Kini segala-galanya berubah. Prinsip tersebut entah ke mana menghilang bila mana PAS pula yang bersekongkol dengan pihak yang lantang menolak perlaksanaan hudud. Mereka berasa megah menjulang bendera DAP dan berbangga menghantar jentera pilihan raya PAS untuk sama-sama memastikan kemenangan DAP.
Tanpa disedari, hakikatnya segala-gala bantuan dan sokongan terbuka oleh pimpinan dan penyokong PAS kepada kedua-dua calon DAP itu jika membuahkan hasil kejayaan pada DAP ia sebenarnya seumpama memperkuatkan undi dan suara untuk menolak draf hudud PAS di Parlimen kelak.

SUMBER

http://www.mykmu.net/?p=43320 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.