Tuesday, May 13, 2014

#PRKBukitGelugor: PCM Selar Tuduhan Azmin Ali

pilihanraya kini     5:52 PM    


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini membidas tindakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggelar parti itu sebagai 'Parti Cari Makan'.

Beliau berkata Mohamed Azmin (bawah) tidak sepatutnya bertindak sedemikian sebaliknya berkempen secara sihat sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ini.

"Tidak sepatutnya mereka buat begini, kami bukanlah bertanding secara tidak adil...sepatutnya mereka mengamalkan pertandingan sihat. Buat apa mahu maki hamun semua orang, ini bukan budaya kita," katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.