Thursday, May 15, 2014

#PRKBukitGelugor: Pengasas Pas Ajak Pengundi Tolak DAP

pilihanraya kini     12:33 PM    


Pencalonan Ramkarpal Singh Deo pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dilihat ditentang oleh rakan parti Pakatan Rakyatnya sendiri ekoran Pengasas PAS kawasan tersebut Haji Abdul Aziz tidak sebulu dengan perjuangan DAP.

Abdul Aziz yang ditemui baru-baru ini mengajak penyokong dan ahli PAS Bukit Gelugor untuk bersama-sama menolak Ramkarpal dan memberikan undi kepada calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar pada PRK tersebut.

Mohamed Nabi Bux merupakan ahli PAS yang bertanding sebagai tiket bebas optimis dengan manifestonya memperjuangkan hukum hudud di Pulau Pinang.

PRK Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei ini dan pengundian awal bakal berlangsung pada 21 Mei.

Dua lagi calon yang bertanding pada PRK tersebut adalah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan Abu Backer Siden Mohamed Zan yang bertanding di atas tiket Bebas. - Rakyatnews



1 comments :

Anonymous said...

Undi Mohd Nabi undi teruskan Hudud
Undi Hadi Awang undi tangguh Hudud
Undi PAS undi jual kalimah Allah

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.