Thursday, May 15, 2014

#PRKBukitGelugor: Pilihanraya Paling Sepi?

pilihanraya kini     11:49 AM    


Kempen pada PRK Parlimen Bukit Gelugor mungkin merupakan yang paling membosankan selepas berlangsungnya PRU13 berikutan ketiadaan BN dalam pertandingan empat penjuru itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, PRK Parlimen Bukit Gelugor ini kurang mengujakan.

"Ini (PRK Bukit Gelugor) mungkin merupakan pilihan raya paling membosankan selepas berlangsungnya PRU memandangkan kita tidak nampak sebarang pertarungan antara dua parti politik utama.

"Tanpa BN selaku parti yang dikenali umum, kita tidak melihat kempen yang sengit dari segi jentera dan sumber manusia berbanding calon bebas," katanya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.