Thursday, May 15, 2014

PRKBukitGelugor: Polis Terima Tiga Laporan, Satu Libatkan Calon

pilihanraya kini     10:07 AM    

Polis Pulau Pinang mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 setelah tiga hari kempen pilihanraya kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Laporan terbabit dibuat dua wartawan dan seorang calon yang bertanding susulan kenyataan berbaur perkauman pada hari penamaan calon 12 Mei lalu.

Jurucakap polis ACP Azmi Adam berkata, sehingga kini, polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu tersebut termasuk calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Katanya, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk meminta saksi-saksi yang berada di tempat kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Isnin lalu, calon bebas, Abu Backer Sidek dilaporkan mengeluarkan perkataan yang dianggap menyinggung sensitiviti kaum India ketika sidang akhbar selepas penamaan calon.

Abu Backer bagaimanapun mendakwa perkataan tersebut merujuk kepada segelintir pihak yang melakukan demonstrasi jalanan dan bukan kepada kaum India.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.