Sunday, May 18, 2014

#PRKBUKITGELUGOR : RAM TIDAK LAYAK BERCERITA BERKENAAN HUDUD!!

pilihanraya kini     7:27 PM    



GEORGETOWN: Calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak berhak membuat kenyataan  berhubung hukum Hudud bagi mewakili partinya kerana tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti itu.

Ini adalah kenyataan calon bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Shatar, yang berkata, jangka masa keanggotaan  Ramkarpal di dalam DAP juga turut dipersoal.

Mohamed Nabi Bux berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ramkarpal  berhubung pendiriannya  yang menolak perlaksaan hukum Hudud di negara ini sepertimana mendiang bapanya, Karpal Singh.

Dalam pada itu, calon Bebas yang menggunakan simbol bunga pada PRK Bukit Gelugor itu juga mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyokong perlaksanaan hukum Hudud secara sulit di Kelantan demi kepentingan politiknya.

Dakwanya, walaupun Lim menyatakan pendirian bahawa kerajaan negeri menolak hukum Hudud, namun Ketua Menteri itu tetap menyokong Hudud  demi mengambil hati pemimpin PAS dan kepentingan politiknya.

Mohamed Nabi Bux berkata demikian selepas  mengadakan kempen berjumpa pengundi di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor, pagi tadi.

Pada PRK Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux akan berdepan tiga calon iaitu Ramkarpal, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, dan seorang lagi calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

PRK parlimen Bukit Gelugor akan berlangsung pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, mendiang Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

1 comments :

Anonymous said...

Bai Jaga Sial!!!!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.